Monday, August 25, 2014

Ainul Hayatt 2

Dengan lafaz Bismillah…Ainul melangkah kaki ke dalam bilik yang telah dikhaskan untuknya. Aik!..apsal dah ada access kad ni? Bilik pun dah terang benderang. Hmm….agaknya ini yang kecoh tadi di kaunter resepsi. Seorang kata bilik belum sedia, seorang lagi kata tak ada masalah.

Laju Ainul melarikan matanya ke semua sudut bilik itu sambil lehernya menjengah ke serata pelusuk bilik.  Line Clear! Langsung tak ada tanda-tanda orang lain di dalam bilik tersebut. Hati Ainul berdebar-debar. Seram sejuk di rasakan. Pangkal tengkuk di usap-usap.

“Heeee…takkan berhantu kot bilik ni…aku lari balik kampunglah macam ni…” Ainul mengomel sendirian.

Tapi bila dia melabuhkan punggung di sofa gaya antik dengan sarung bunga-bungaan merah hati terus hilang rasa berdebar-debar tadi. Ainul menepuk-nepuk sofa yang empuk itu. Melihatkan perabot-perabot di dalam bilik itu semuanya gaya klasik. Ainul tersenyum. Gaya klasik memang sangat-sangat menepati citarasa dia.

Dek kerana keterujaan melihat hiasan bilik tersebut Ainul menangguhkan hajat melihat suasana tempat beradu. Memang nampak katil besar dari tempat dia berada sekarang, tetapi di bahagian hujung sedikit terlindung dengan penghadang kayu berukir indah.

Remote control di meja sudut sebelah sofa di capai. Terus di tekan-tekan mencari siaran yang menarik hati. Tertarik dengan program bual bicara wanita di Astro, Ainul berhenti menekan-nekan remote di tangan.

Tudung yang membaluti kepala sedari tadi di buka, getah ikatan rambut di longgarkan dan terus melorot jatuh ke bawah. Sarung tangan muslimah yang di pakainya juga di buka dan di himpun sekali dengan kain tudungnya.



Ainul terus menguap-nguap tapi hati dah terlekat di TV. Arghhh….lagi 15 minit habislah ni. Baru aku nak mandi, solat dan tidur. Dari kedudukan duduk Ainul terus berbaring di sofa. Dia tertidur. 

Tuesday, August 19, 2014

Ainul Hayatt - 1

Zayn Eskandar mengelus-ngelus pangkal tengkuknya. Hari yang sangat panjang dan memenatkan. Penat berkereta selama 4 jam pun belum hilang terus di sambung dengan mesyuarat yang bertimpa-timpa. Ada masalah besar di tapak projek kendaliannya di Melaka.

Huh! Nasib baik tiada kemalangan jiwa. Semuanya atas kecuaian buruh itu sendiri, akibatnya dinding konkrit yang hampir siap runtuh separuh menghempap mereka.

Dia yang sedang bercuti dengan buah hati pengarang jantung di Cameron Highlands terpaksa bergegas bertolak ke Melaka. Mencerut muka si Cantik Manis Azrella bila kena tinggal. Azrella pujaan hati, di tinggalkan keseorangan di puncak Cameron Highlands.  Haiila…kasihan kau rell…nak buat macam mana, sebab itu orang kata malang tak berbau.

Secara kebetulan Azrella mempunyai bapa saudara yang tinggal di Cameron Highlands, pandai-pandailah dia nak balik KL nanti. Ketika ini Zayn hampir pasti, Azrella ialah suri yang akan menginap di hatinya kelak. Bila dia bercinta selalunya hanya hangat seketika, paling lama 6 bulan. Hatinya mudah bosan, dia sendiri tak faham kenapa.

Azrella anak kenalan mamanya. Selepas seketika Zayn solo, mama kenalkan dia dengan Azrella. Gadis berkulit cerah tinggi lampai pemilik sebuah butik pengantin di Taipan USJ. Tapi hanya di atas kertas saja, selebihnya semua pembantu dia yang buat. Apa nak di hairankan, keluarga Azrella punya duit yang kalau makan tujuh keturunan pun tak tentu habis lagi.

Zayn hanya mengikut saja rentak mamanya. Sedar-sedar hampir menginjak dua tahun hubungan dia dengan Azrella.

“Zayn anak mama sayang, mama ni dah betul-betul tak sabar nak tengok Zayn dengan Rell naik pelamin" ayat yang sama dan selalu di utarakan oleh Puan Shima.

“Kamu tu dah 29 tahun, bila lagi ni? atau Zayn ada orang lain? Kalau ada bagi tau mama, biar mama pinangkan."

“Mama? soalan yang sama lagi? please lah mama bukan sekarang ya. Maybe next year, boleh? Tak payah meminang bagailah mama, nikah je terus...kan senang." Zayn sambung tawa di hujung kata-kata.

Puan Shima menepuk kuat bahu Zayn seraya berlalu. Malas nak layan anak teruna lagi.

Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. Perut yang kosong sedari tadi berkeriut-keriut minta di isi. Aduh!cacing sabar ya. Jangan laju sangat menari-nari. Aku nak bagi kau makan lah ni. Zayn akhirnya makan di sebuah restoran di tepi jalan menghala ke resort inapannya di Ayer Keroh.

Masuk ke dalam bilik Zayn terus menghempaskan badan ke tilam empuk. Sengaja Zayn daftar masuk ke bilik yang sedikit mewah dari kebiasaanya. Lagipun dia masih dalam bercuti, tak dapat bercuti di Cameron Highlands dekat Melaka pun jadi lah.  Zayn terlelap sebentar, tapi memikirkan badan yang melekit-lekit dengan peluh dari siang tadi, dia buat keputusan untuk mandi.

Berendam di dalam jakuzi memang menenangkan. Telinga di pasang earfon, khusyuk benar Zayn mendengar lagu-lagu yang menenangkan jiwa. Tanpa sedar dia terlelap sekali lagi.

*****

“Ain..aku mintak maaf banyak-banyak dengan kau, bukan aku tak nak ikut..kau pun tau kan aku memang nak sangat ikut, tapi wife boss aku accident petang tadi, so semua paperwork tender kitaorang terbengkalai, esok pulak kena datang buat" Syifa merayu minta maaf sambil memegang tangan Ainul Hayatt. Mata di kedip-kedip berkali buat gaya comel dengan harapan BFF tidak jadi marah.

“Sorry ye..kau nak ke aku carikan pengganti last minit ni?" terus-terusan Syifa meminta maaf dengan Ainul.  Ainul  jegilkan mata dia ke arah Syifa tanda tak puas hati. Sudahlah tak boleh ikut pandai-pandai pula hendak cari pengganti konon.

“Hrmm….patut ke aku cancel je trip ni.” Kali ini Ainul pula menyoal Syifa sambil otaknya laju berkira-kira hendak membatalkan percutian percuma mereka.

“Bukan aku nak sangat pun, tapi dah free kan…pulak tu aku google cantik resort nye..rugilah beb kalau tak pergi, tak boleh ke cakap ngan bos kesayangan kau tu sambung buat Monday? weekend ni la last kita kena guna voucher tu..boleh kan?" Ainul Hayatt tensengih, nampak lesung pipit dalam sebaris di pipi kirinya.

“Tak bolehlah Cik Kak oiii…” Laju Syifa menyambung.

Ainul pun tahu kalau pasal kerja Syifa memang tegas, almaklumlah Cik Setiausaha kesayangan bos.  Syifa memang cemerlang kalau buat kerja.

Penat bertekak kesimpulannya Ainul Hayatt bertolak seorang ke resort di Melaka itu. Percutian percuma itu pun hadiah saguhati satu online contest yang pernah dia sertai. Sebenarnya dia hampir terlupa yang dia pernah masuk contest teka nama kereta. Mula-mula dulu pasang angan-angan hendak menang hadiah utama sebuah kereta, tapi hadiah saguhati yang sangkut. Saguhati pun saguhati lah, janji percuma. 

Hari Jumaat itu sengaja Ainul minta time-off dengan boss dia kononnya nak bertolak awal sikit ke Melaka dari rumah sewanya di Subang Jaya. Sudahnya lepas Solat Maghrib hampir ke jam 8 malam juga dia bergerak.

“Alah, Melaka je pun, bukan jauh sangat. Rasanya macam sekangkang kera dengan kampung aku di Muar" gumam Ainul di dalam hati. Lagipun pihak resort sudah di maklum yang dia akan buat late check-in. 

Sambil memandu Ainul menyanyi-nyanyi kecil mengikut setiap lagu yang keluar dari siaran radio. Terasa aircond terlalu sejuk, lantas tingkap kereta sengaja di buka kecil bagi angin masuk. Tudung coklat cair yang di pakai terbuai-buai kena angin malam.

Bosan memandu tanpa teman, Ainul berhenti makan di R & R Air Keroh. Perut pun dah berkeroncong lagu tepuk amai-amai. Padahal sebelum bertolak tadi dah melantak nasi goreng air tangan Syifa tanda minta maaf.

Orang pun tidak berapa ramai di R & R. memandangkan hari sudah menginjak jauh malam. Usai alas perut dengan sebungkus nasi lemak daun pisang, dia terus menuju ke resort. Sedar tak sedar hampir setengah jam juga dia berhenti mengalas perut. Ainul menyambung perjalanan. Cadangnya sampai sana hanya mandi, solat dan tidur.

Sampai di resort jam sudah hampir ke jam 11 malam. Lambat sangat ke aku drive tadi?

Teringat dia kata-kata Syifa, “Babe..kau kalau tak drive terkedek-kedek boleh tak? Tekanan perasaan aku rasa duduk sebelah ni ha!”  Selalunya memang Syifa akan mengomel-ngomel bila dia memandu. Lembap katanya.

*****

”Wow, cantiknya resort ni. Rugilah kau Syifa". Ainul tersenyum simpul teringatkan Syifa. Syifa sahabat yang di kenali sejak minggu orientasi di asrama. Mula-mula Syifa berlagak sombong. Tapi bila mereka kena ragging sama-sama dengan kakak senior buat gaya telur goreng dalam kuali, terus mereka jadi sahabat baik sehingga hari ini. Teringat gaya telur goreng, mengelepar-gelepar atas lantai, semakin lebar senyuman Ainul.

Laju tangan Ainul menangkap gambar pintu masuk resort itu yang baginya sudah cukup cantik. Buat kenangan hadiah saguhati., biar Syifa cemburu. Terus gambar tersebut di hantar ke hantar kepada syifa melalui aplikasi whatsapp. 

Dari luar resort nampak macam sebuah hotel yang tersergam mewah. Tapi tak sangka yang nampak mewah dari luar itu hanya  menempatkan lobi, restoren dan juga spa. Ada lagi yang lain nampak macam kedai menjual kraftangan tapi Ainul tidak berkesempatan hendak melihat-lihat kesemuanya malam ini. Almaklumlah hari sudah jauh malam, Kebanyakannya sudah gelap.  Bilik-bilik semua terletak di balakang, ala-ala chalet.

Akhirnya selesai juga urusan daftar masuk yang sedikit lembap dan kecoh tadi. Menguap-nguap Ainul menunggu mereka selesaikan masalah biliknya. Mesti penangan nasi lemak tadi. Dia di suruh duduk sebentar di sofa berdekatan. Staff-staff baru agaknya, kebetulan pula Staff Senior berehat sebentar, jadi mereka langsung tak dapat di kesan. 

Srettt..srettt…sreettt...Ainul memecah kesunyian malam mengheret beg trolinya. Cuti 3 hari 2 malam saja, tapi beg punyalah besar. Ainul bercadang ingin merehatkan dirinya sehari saja di Melaka, Ahad pagi dia nak balik ke kampungnya di Muar. Dia memang sengaja ambil cuti penuh minggu hadapan, alang-alang cuti biar puas hati. Selalunya hanya cuti raya saja yang panjang. Kali ini luarbiasa sikit.